Pages

Showing posts with label pendidikan kewangan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan kewangan. Show all posts

Saturday, October 10, 2009

tahap kewangan anda..

dipetik dari email en. irfan....

Baru-baru ini slot Radio saya telah bertukar dari rancangan "Yo!"
kepada "Irfan on Air". Irfan on Air berkonsep seperti blog anda
baca ini, menyampaikan tip perniagaan, kewangan dan juga motivasi
cara santai dan insyaallah happening! Saya juga membuka talian
telefon untuk pendengar radio24 berkongsikan pengalaman, tip atau
pun soalan bersama saya :)
Semalam di Radio24, program "Irfan on Air" (Setiap hari Khamis
2.15pm) saya kongsikan mengenai 4 tahap kewangan seseorang itu.

Berikut adalah 4 tahap tersebut...

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun.
Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu
menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya
anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang
simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan
sebagai kais pagi-makan pagi... kais petang makan petang. Zaman
modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni... kais bulan
depan, makan bulan depan ;)

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak
selamat ini...

#2: Kewangan Selamat

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya
anda berhenti kerja (atau dinberhentikan :) ) anda mempunyai
simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan.
Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! keran tidak ramai
yang berada di sini.

6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu
mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung
pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada di
tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini... cukupkan simpanan anda
untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang
mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di
tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja
ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan
secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga
sampai bila-bila!

Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan
perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih
lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok
melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela...

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan
berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina
perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet)
atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin
pengurus).

#4: Tahap Terlalu Kaya atau Ultra Rich

Tahap ini lagi la sedikit yang capai... teramat sedikit. Mereka ini
jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang
yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta... (kita
nak dapat beratus ribu pun payah ;) ) nama nama seperti Tan Sri
Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh
Tong
dan Tan Sri Ananda Krishnan.

Itulah 4 tahap kekayaan yang saya kongsikan di "Irfan on Air".
Sekiranya anda ikuti, saya juga kongsikan teknik dan strategi
bagaimana hendak meningkatkan tahap anda dari 1-2-3-dan-4.
Insyaallah saya akan konsikan pada hari lain. Buat masa ini, kita
faham dulu kedudukan kewangan kita...

Soalan cepu gangsa pada hari ini...

Anda berada dalam kedudukan yang mana? ;)

Tuesday, November 11, 2008

5 Langkah Membina Minda Jutawan

lagi tips dari dr irfan...
Ayie, pernahkah anda fikirkankan, apakah sebenarnya di dalam
minda seorang jutawan? Apakah persediaan minda yng dilakukan untuk
menjadi seorang yang berjaya?

Pernahkah anda dengar cerita tentang seseorang yang tiba-tiba
mendapat durian runtuh (dari segi kewangan, bukan durian!), tetapi,
tidak lama kemudian segala yang dimiliki hilang entah ke mana?

Ini adalah kerana minda seseorang itu belum bersedia menerima
situasi durian runtuh tersebut. Maka, terjadinya konflik antara
minda yang belum bersedia dan tingkah lakunya.

Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan
keatas orang-orang yang berjaya, tidak kira jutawan, ahli sukan,
personality atau ahli politik. Teknik yang sering digunakan dalam
menguasai minda di gelar NLP (Neuro linguistic programming).
Artikel ini menyentuh satu cara menguasai minda yang sering
digunakan dalam mempersedia dan mencapai apa sahaja kejayaan.

Fikiran manusia adalah sesuatu yang amat kompleks di mana ia
dikatakan manusia belum lagi menggunakan kuasa minda sepenuhnya.
Minda anda adalah sesuatu yang amat canggih sehingga tiada komputer
di dunia dapat berfungsi seperti minda anda. Bagaimanakah caranya
menggunakan kuasa minda untuk berjaya? Berikut adalah 5 langkah
untuk membangunkan minda jutawan...

Langkah 1: Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan.

Ia dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi apa yang
difikirkannya pada kebanyakan masa. Apa yang anda sering fikirkan?
Usahawan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan kejayaan
berurusniaga. Ahli sukan yang berjaya sering memenuhi mindanya
dengan gambaran memenangi pingat.

Ahli sukan popular, Lance Armstrong pernah menghidap penyakit barah
yang amat serius sehinggakan para doktor menganggap beliau tidak
akan dapat meneruskan hidup. Lance Armstrong bukan sahaja
membuktikan beliau boleh pulih dari barah, tetapi dengan
menggunakan teknik memenuhi fikirannya dengan gambaran kejayaan
dalam bidang lumba basikal, Lance kemudiannya memenangi
pertandingan basikal yang paling sukar sekali, iaitu Tour de France
sebanyak 7 kali!

Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahu, ianya akan
menjadi sebahagian dari minda separuh sedar anda sehingga minda
anda sendiri akan mendorong anda mencapai apa jua kejayaan.

Langkah 2: Sebutkan dengan jelas

Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda
anda. Ini adalah kerana, dengan menyebut, minda akan berfungsi
dengan lebih sempurna. Teknik ini digelar teknik affirmation.
Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan
diri sendiri. Affirmation yang paling popular digunakan di dunia
adalah:

"In every day and every way I am getting better and better".

"Setiap hari, dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik"

Ianya adalah penting untuk kata-kata anda adalah sesuatu yang
benar. Maksudnya, sekiranya setiap hari anda menjadi semakin malas,
maka, kata-kata itu tidak akan membantu, tetapi hanya akan
mengurangkan motivasi anda oleh kerana minda akan menemui konflik.

Sebagai contoh, sekiranya anda menyebut berulang kali "Saya akan
pergi ke Gym untuk bersenam dan menjadi semakin kuat", tetapi anda
hanya duduk di rumah dan bermain Playstation 2 anda 24jam sehari,
kata-kata affirmation tersebut tidak akan membantu anda. Malah,
ianya akan mengurangkan motivasi anda.

Apabila memberi affirmation, sebutkan yang benar sahaja seperti
"Saya kini tiada wang, saya perlu menyiapkan novel saya yang akan
membantu dalam kewangan saya!". Kemudian, terus ke komputer anda
dan mula kerjakan novel anda itu!


Langkah 3: Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan

Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda
dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut.
Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 10 tahun lagi
apa yang anda telah capai, mungkin rumah banglo 3 tingkat bersama
swimming pool dan 3 buah kereta mewah di garage. Sekiranya anda
seorang ahli sukan, maka bayangkan anda memenangi acara anda.
Berdiri di podium dan disarungi pingat emas.

Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa
yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk
mencapai cita-cita tersebut. Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca
dan sebagainya dengan jelas.

Lebih lama anda dapat menyimpan gambaran ini di dalam minda anda,
lebih hebat efeknya kepada anda. Simpan gambaran tersebut selama 1
minit... 5 minit... 10 minit dan sebagainya. Seorang pemain bola sepak
terkenal sebelum memulakan perlawanan bola sepak, menyimpan
gambaran kejayaannya di padang dalam kepalanya selama 90 minit-
iaitu jangka masa seluruh perlawanan!

Kekerapan anda menggabarkan ini juga akan membantu, di mana
sekiranya anda lebih kerap membayangkannya setiap hari, maka, ia
akan mudah menjadi untuk anda. Jangan lupa- anda akan menjadi apa
sahaja yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.


Langkah 4: Masukkan emosi

Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar
semangat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan
apa yang anda mahu, affirmation, dan juga membayangkan anda
mencapainya, masukkan unsur-unsur emosi di dalam kesemuanya.

Menurut Abraham Maslow, emosi adalah asas utama yang membentuk
hireraki keperluan Maslow. Bayangkan diri anda gembira, keluarga
anda gembira, teman-teman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasana
di sekeliling anda yang gembira dengan pencapaian anda. Ketika
affirmation juga, luahkan dengan penuh semangat dan emosi oleh
ekrana ianya akan membantu anda.

Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan minyak membakar motivasi
anda.

Langkah 5: Percaya dan yakin ini terjadi

Langkah terakhir, adalah dengan gambaran apa yang anda inginkan,
kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda anda
telah mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar,
kesemuanya adalah tidak guna sekiranya anda tidak percaya dan yakin
anda akan berjaya.

******

Kejayaan adalah keadaan minda. Dengan menguasai minda anda, iaitu
dengan cara anda berfikir, anda juga boleh membangunkan minda
jutawan di dalam fikiran anda.

Bagaimanakah langkah-langkah ini membantu anda? Bayangkan scenario
ini yang saya pasti anda pernah lalui.

Anda bangun dari tidur dan mendapati jam loceng anda tidak berbunyi
dan anda kini lewat untuk satu temujanji yang penting! Apa yang
terjadi? Dengan serta merta anda keluar dari katil, menyiapkan diri
anda dengan pantas. Secara tiba-tiba anda mengerah seluruh tenaga
anda untuk memotivasikan anda memenuhi temu janji itu, bukan?

Cuba fikirkan, adakah ketika itu minda anda dipenuhi dengan
langkah-langkah di atas? Sudah tentunya. Sebaliknya, anda boleh
menggunakan langkah-langkah ini untuk memotivasikan anda mencapai
kejayaan yang anda inginkan.