Pages

Wednesday, May 21, 2008

PERODUA NAUTICA... SUV TERBARU MALAYSIA...


PELANCARAN Perodua Nautica 4WD yang digelar ken deraan utiliti sukan (SUV) kompak dianggap pelengkap bagi menggantikan model Perodua Kembara yang sudah di hentikan pengeluarannya sejak dua tahun lalu.

Nautica yang mirip Daihatsu Terios di Jepun itu berjaya melengkapkan rangkaian kereta penumpang Perodua sedia ada seperti MyVi dan ViVa yang berciri kompak.


Ketika pelancarannya, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar, menyatakan pihaknya men sasarkan jualan 200 unit Nautica sebulan.

“Nautica dijangka menjadi kesinambungan edisi SUV ke bangsaan yang diwujudkan model Kembara sebelum ini.

“SUV terbaru ini diberi sentuhan tempatan di bahagian bampar dan gril selain logo yang ditukar kepada lambang Perodua,” katanya ketika melancarkan model berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaluddin dan Pengarah Eksekutif Daihatsu, Yamazaki Sachio.

Syed Hafiz berkata, beliau mengakui model terbaru Perodua itu menggunakan platform sama dengan Toyota Rush tetapi ia tetap berbeza.

“Rush adalah SUV tujuh tempat duduk dengan pacuan dua roda manakala Nautica kenderaan lima penumpang dengan pacuan empat roda,” katanya.

Nautica 4WD ialah kenderaan SUV 1.5L DOHC dilengkapi teknologi Dynamic Variable Valve Timing (DVVT), sistem suntikan minyak elektronik dan transmisi automatik empat kelajuan.

Ruang dalaman Nautica lebih kemas apabila dilengkapi sistem pemain cakera tunggal dan susunan meter kawalan penyaman udara selain paparan meter pelbagai fungsi.

Sebagai ciri keselamatan, Nautica dipasang sistem im mobiliser, beg udara berkembar, kerangka kukuh, ABS, EBD dan BA.

Perodua mensasarkan mereka yang mahukan sebuah ken deraan seperti sedan tetapi mempunyai bentuk yang lebih bergaya dengan kuasa pacuan empat roda.

Dengan harga atas jalan serendah RM89,900 dan di datangkan dengan dua warna iaitu kelabu medallion dan hitam majestic, Nautica dijangka memberi saingan sengit dalam pasaran kenderaan SUV bersaiz sederhana di negara ini.

"DI PETIK DARIPADA HARIAN METRO"