semalam PM kita dah bentangkan belanjawan 2010 dengan panjang lebar, tap aku xleh tgok coz aku duk hostel...
tapi td aku ade trime ringkasan belanjawan 2010 dari saudara Mohd Suhaimy(blog perniagaan internet)terima kaseh en shuth coz tlg ringkaskan xyah pnat2 nk bce.
so aku nk kongsi la sket pe yg menarik pasal belanjawan tu:
Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
Ini sesuatu yang amat menarik, secara tidak langsung, ramai orang kaya akan cuba memasukkan internet di rumah mereka. Sekaligus, akan meningkatkan lagi kadar kewujudan orang-orang yang mempunyai “kuasa membeli” di internet.
Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.
Dari satu segi, ia amat bagus kerana dapat menggalakkan lagi pemilikan komputer. Dari segi yang lain..”Hmm.. nampaknya, bertambah lagi lah senarai hutang untuk penjawat awam.. miskin sangat ke penjawat awam sampai nak beli komputer pun nak kena buat pinjaman? Hu hu.. panas.. panas…
Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.
ni yang wat semangat nk stady dtg berkobar-kobar...next week final exam.. wish me luck k kengkawan..
Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.
Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.
Adakah ini satu tindakan untuk “tidak menggalakkan penggunaan kad kredit”? Nampaknya sudah tidak ada kad kredit tanpa yuran tahunan.. sebab still juga kena bayar RM50 tiap-tiap tahun
Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.
Nampaknya, pemilik taska & nursery kena mengatur strategi baru bagi perniagaan mereka… kalau tidak, boleh terjejas periuk nasi mereka.
Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.
Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.
Ini sangat bagus..
ok ni lah antara isi belanjawan yang yang di bentangkan oleh PM semalam....
2 comments:
owh...noted:)
owh je ke?
Post a Comment